PERKHIDMATAN

WASIAT (ISLAM & KONVENSIONAL)

WASIAT sebenarnya adalah tentang pembukaan akaun perkhidmatan agar segala urusan pusaka diuruskan oleh Syarikat Amanah dengan sempurna kelak. Dokumen Wasiat MAAB bersifat komprehensif dengan sekali bayaran pendaftaran sahaja lengkap bersama semua klausa termasuk :
1. Perlantikan dan Tanggungjawab MAAB dalam menguruskan Pusaka
2. Perlantikan Penjaga harta anak yang masih dibawah umur atau OKU
3. Arahan dan tanggungjawab pentadbir dalam menjelas zakat, kafarah,fidyah, haji dan belanja perkebumian.
4. Arahan dan tanggungjawab pentadbir dalam melunaskan hutang, gadaian sewa-beli bagi semua jenis aset
5. Melaksanakan urusan pentadbiran pusaka sehingga selesai dibahagikan kepada waris
6. Menjaga dan mengekalkan kedudukan aset sehingga tarikh pembahagian
7. Memegang dan menguruskan dengan jujur dan amanah bagi pihak waris bawah umur/OKU
8. Menyatakan niat hasrat pembahagian aset kepada waris dan bukan waris
9. Pesanan kata kata terakhir lain.
10. DAN LAIN – LAIN KENYATAAN (TANPA CAJ TAMBAHAN)

DOKUMEN DIPERLUKAN : SALINAN KAD PENGENALAN SAHAJA

SIMPANAN DOKUMEN : PERCUMA

PINDAAN WASIAT : PERCUMA

HARTA TERLIBAT : SEMUA ASET DAN LIABILITI

HIBAH HARTANAH

HIBAH ialah suatu dokumen lampiran lagi menguatkan lagi kenyataan pada dokumen wasiat. Dokumen Hibah hartanah mempunyai syarat yang ketat dan perlu dipatuhi terutamanya kedua belah pihak pemberi dan penerima perlu tandatangan dihadapan pesuruhjaya sumpah.

SYARAT UTAMA : Produk Wasiat + RUMAH / TANAH (Bebas Pinjaman)

DOKUMEN DIPERLUKAN : Salinan Mykad Pemberi, Penerima, GERAN/SPA

AMANAH TUNAI

INDIVIDU > Jadikan wang simpanan tunai anda sebagai Amanah yang diuruskan oleh MAAB bagi persediaan sumber kewangan / pendapatan segera kepada benefisiari selepas kematian sementara menunggu urusan pusaka penderma selesai diuruskan atau sebagaimana tempoh yang ditentukan oleh penderma. Wang tunai yang di amanah ini tidak lagi tertakluk pada agihan faraid.

KORPORAT > Amanah yang diterima dari institusi/perbadanan/agensi kerajaan/ yayasan/ kelab/ syarikat/ persatuan/ badan koporat atau koperasi yang menyediakan tabung amanah untuk dana/ modal amanah diagihkan kepada penerima/benefisiari untuk tujuan dan hasrat tertentu penderma koporat

MINIMUM SIMPANAN AMANAH TUNAI (RM) : RM 5,000

KHIDMAT URUS PUSAKA

Perkhidmatan Menukar nama tanah pusaka kepada waris yang hidup, mengeluarkan wang di institusi perbankan, menukar nama geran kenderaan, mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir (LA) dan Perintah Pembahagian.
PERKHIDMATAN TUNTUTAN PUSAKA KE MAHKAMAH

PUSAKA KECIL

RUMAH, TANAH, KENDERAAN DAN TUNAI KURANG DARIPADA RM2,000,000.00.

Perkhidmatan menukar nama tanah pusaka kepada waris yang hidup, mengeluarkan wang di institusi perbankan, menukar nama geran kenderaan, mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir (LA), Perintah Pembahagian.

PUSAKA RINGKAS ARB 17 (1)

KENDERAAN, TUNAI KURANG DARIPADA RM600,000.00.

Perkhidmatan mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir (LA) serta mengeluarkan wang pusaka yang tersangkut di bank, LPPSA, Wang Tidak Dituntut (WTD) atau menukar geran kenderaan.

PUSAKA RINGKAS ARB 17 (2)

KENDERAAN, TUNAI KURANG DARIPADA RM50,000.00

Perkhidmatan mendapatkan Surat Kuasa Pentadbir (LA) serta mengeluarkan wang pusaka yang berada di bank, LPPSA, Wang Tidak Dituntut (WTD) atau menukar geran kenderaan.